Tuesday, June 10, 2008

mengarut lalalalalalala..

minyak, minyak, minyak.. isu satu dunia.. isu satu global.. satu dunia riuh rendah memperkatakan tentang kenaikan harga petrol dan diesel.. di Malaysia, semua orang risau terutama golongan rakyat biasa seperti saya sendiri.. gaji tak naik, tapi kos sara hidup melambung.. sekilo ayam naik sehingga RM7 melebihi harga siling.. kelmarin isu beras, hari ini isu minyak.. harga beras melambung naik, tetapi kenapa hidup petani masih ditakuk yang lama? bukankah kalau difikirkan secara logik akal, jika harga beras naik, harga padi akan turut sama naik? tetapi ini tidak terjadi pun.. kenapa? siapa sebenarnya yang mengawal harga dan pasaran? kerajaan? pemborong? peruncit? siapa? setiap kali kita menyebut tentang kenaikan harga, kita pasti menunding ke tiga faktor besar ini.. kerajaan, pemborong dan peruncit.. tetapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa kita pengguna sebenarnya adalah faktor terbesar.. sewaktu di kolej dahulu, saya diajar tentang demand dan supply.. pengguna demand dan pembekal akan supply.. cuba kita fikir sebentar, jika kita pengguna tidak memerlukan akan sesuatu produk, adakah pembekal akan membekalkan produk itu? jika pengguna tidak memerlukan, maka harga produk itu akan jatuh kerana produk itu dianggap tidak berguna.. di situ, pembekal akan berfikir, mengapa pengguna menolak produk itu dan mereka pasti akan cuba memperbaiki produk mereka atau melakukan aktiviti promosi untuk menarik kembali pengguna supaya pengguna membeli produk mereka.. salah satu aktiviti promosi adalah dengan menurunkan harga..

saya bagi satu contoh, di Malaysia, salah satu pembekal utama minyak petrol dan diesel adalah Shell. Shell bersaing dengan Petronas dan Esso untuk membekalkan petrol dan diesel kepada pengguna.. jika kita pengguna tidak menggunakan dan membeli petrol dan diesel dari Shell, apa akan jadi kepada syarikat tersebut? tetapi contoh ini masih kurang tepat dan padan kerana harga minyak di Malaysia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh subsidi kerajaan.. tetapi gambaran yang hendak saya sampaikan adalah lebih kurang dengan contoh diatas..

rasanya cukuplah sampai disini sahaja saya mengarut.. adeiii.. tak larat dah nak fikir tentang isu kenaikan harga sekarang.. gaji ciput.. kos sara hidup tinggi.. sampai bila la saya boleh bertahan.. hmmmmmm...

No comments: